Memang normal lumrah setiap orang untuk sentiasa kelihatan cantik dan menarik. Ada sesetengah pihak sanggup menghabis ribuan ringgit demi untuk kelihatan putih supaya tampil cantik dan jelita. Tapi bagaimana pula kalau bagi golongan yang kurang mampu. Haa jangan risau. Meh sini kami kongsikan cara jimat mudah untuk kulit cerah tanpa perlukan modal yang banyak.


1. Pergi dapur cari beras pulut, garam sesudu dan gula sesudu.


2. Masukkan semua bahan tadi dalam kuali dan goreng tanpa minyak


Agak-agak dalam masa 5 min sehingga gula garam sebati dgn beras dan bila beras bertukar warna kekuningan terus masukkan dalam blender dan campurkan air panas sikit.
p/s - Jangan letak banyak air nanti tak best nak sapu and scrub kulit.


3. Hasil lepas blender




4. Yeay dah boleh guna!


Bila paste tadi dah sejuk sikit korang boleh sapu/scrub kat muka. Nak dapat kesan maximum, ikut arahan kakak legend ni kat bawah :

i - Ambik sikit dan scrub satu muka, sental dan gosok dengan lembut kemudian basuh dengan air bersih.
ii - Guna paste tadi sebagai mask dan tepek kan kat satu muka. Lepas tunggu sehingga kering. Bila dah kering gosok perlahan -lahan dan bilas dengan air bersih.


P/s :kalau muka anda berjerawat bermasalah akan rasa sedikit pedih2 manja je tak sakit pn mcm akak kulit kering sikit so rasa gak la pedih manja tapi tak membahayakan.

Inilah Hasilnya!

Haaa.. Nampak tak perbezaan tu? Boleh amalkan hari - hari tak pun 3 kali seminggu kalau nak kulit licin cerah berseri. Boleh jugak kalau nak applyb kat bahagian - bahagian selain muka. Al maklum lah nak cantik biar semua bahagian kan! Selamat mencuba!
 
Top