Sebut saja nama Khai Bahar, semua orang kini sudah mengenali namanya. Menyedari akan populariti yang begitu cepat, Khai mengakui dia tidak pernah lupa diri walaupun ada segelintir netizen yang melihat dia seakan lupa diri kerana sudah tidak seramah dulu.
"Saya bukan lupa diri dan mengakui tak mudah nak menjaga hati semua orang. Untuk makluman, Facebook Khai Bahar ada dua orang admin yang jaga dan saya akan membalas setiap komen peminat jika sempat. Bukan nak riak tapi memang betul-betul sibuk sehinggakan lagu sendiri pun belum rakam.
"Jadi, saya tidak kisah kalau orang nak cakap apapun. Ada jugalah dengar orang cakap saya nak popular dengan lagu-lagu artis lain. Seperti yang orang tahu, aplikasi Smule khas untuk karaoke dan menggunakan hanya lagu-lagu artis serta tidak ada lagu sendiri.
"Saya pun tidak merancang untuk meraih populariti, mungkin rezeki di situ dan saya turut jadikan ia satu cabang kerjaya. Peluang datang sekali seumur hidup jadi saya gunakan peluang itu sebaik mungkin," ujarnya ketika dihubungi semalam.
Terdahulu artis NAR Records ini pernah 'panas' dengan cerita dan video kononnya ada hubungan sejenis.
Apabila diajukan persoalan adakah keluarganya sudah mendengar cerita itu? Ini jawapannya;
"Apabila sudah berjaya ditahap ini pastinya ibu dan bapa sangat gembira dan cerita tidak elok tentang saya mereka hanya 'pekakkan telinga' sahaja. Dalam hidup bukan semua orang akan suka kita yang penting buat yang terbaik untuk hari ini dan masa depan. Keluarga tetap beri sokongan walaupun ada cerita macam itu sebab mereka mahu tengok saya berjaya," tambahnya lagi.
Inilah Caption Pasti MENGEJUTKKAN RAMAI APABILA Sultan MURKA ! :P :P