Kuantan: Kisah seorang wanita kehilangan motosikal di Balok, di sini, semalam, yang menjadi viral di Facebook (FB) mendapat perhatian netizen hingga seorang ahli perniagaan dari Melaka sanggup datang ke negeri ini untuk menghadiahkannya motosikal.

Wanita itu, Mardiana Abas, 38, dari Kampung Sungai Karang Darat, di sini, kehilangan motosikal jenis Honda C70 selepas ia dicuri di depan pasar raya kira-kira 11.30 pagi di Balok.

Malah, dalam kejadian itu kasut sekolah milik anaknya turut dilarikan pencuri motosikalnya.
Simpati dengan nasib wanita berkenaan, ahli perniagaan berkenaan, Rafi Ahmad, 38 (berdiri tengah sedang dukung kanak2), nekad datang ke sini dan membeli motosikal terpakai jenis Honda EX5 untuk dihadiahkan kepada wanita malang itu selain menyampaikan sumbangan daripada orang ramai.

Rafi berkata, dia simpati dengan nasib menimpa Mardiana yang kehilangan motosikal kerana dia pernah melalui pengalaman sama satu ketika dulu selain mahu membantu meringankan beban wanita berkenaan yang hanya berniaga kecil-kecilan.
"Saya pernah kehilangan motosikal pertama saya dan sangat memahami perasaan yang dilalui Mardiana," katanya ketika ditemui, di sini, petang tadi.

Sementara itu, Mardiana berkata dia terharu dengan keprihatinan orang ramai terutama Rafi yang sanggup bersusah payah datang dari jauh semata-mata untuk membelikannya motosikal.
‪#‎Respect‬ ‪#‎RafiSuperbike‬



Kesian pulak tgk bro Rafi superbike yg keletihan...mana taknya ride dari pagi dari Melaka ke Kuantan untuk hadiahkan motor kt akak yg hilang motor tu kemudian balik semula ke Melaka...
Semoga lebih ramai masyarakat yg mencontohi sikap mulia sebegini bukan sekadar keyboard warriors..Aaminn
Silakan SHARE dan jangan lupa LIKE page Mak Kata utk pelbagai perkongsian menarik dan bermanfaat :)



 
Top