Prof. Izzi Haji Ali Meninggal Dunia Tengah Hari Tadi
Pakar motivasi terkenal Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof. Izzi telah kembali ke rahmatullah pada 12.45 tengah hari tadi.
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat menghidap strok.
Berita duka ini dimaklumkan oleh anak saudaranya menerusi laman akaun Twitter, Fadednv.
Fadednv turut meminta orang ramai sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham.
Menerusi semakan di laman Twitter Prof Izzi, arwah ada memuat naik gambar melawat jenazah meninggal dunia pada hari pertama Ramadhan, iaitu 6 Jun lalu.
Menerusi kapsyen gambar tersebut, Izzi turut menulis “walau ramadhan akan ditempuhi, belum tentu melaluinya’ sekali gus memberi makna yang cukup mendalam.
Allahyarham suatu ketika dahulu sangat popular dengan tagline ‘renung-renungkan dan selamat beramal’ dan sering muncul menerusi radio Hot FM.
Selain itu, Allahyarham juga merupakan seorang pensyarah Matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM).