coversc
Rumahtangga yang bahagia jangan disangka tiada cabarannya. Mereka yang telah berkahwin, terutamanya pada usia muda pasti pernah melalui zaman susah pada awal perkahwinan. Hanya sifat sabar dan kasih sayang mampu mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Wanita ini berkahwin dengan pilihan hatinya pada usia 20 tahun ketika masih lagi menuntut di universiti. Kerana ingin berdikari dan tidak mahu mengharapkan bantuan keluarga, pasangan ini sampai menyewa sebuah rumah yang pernah didiami oleh bomoh suatu ketika dahulu! Apakah yang membuatkan mereka betah tinggal disitu? Ketahui pengalaman pahit manis awal perkahwinan menarik yang dikongsikan wanita bernama Farah Hasunah ini.

Suami Penyabar, Tak Makan Tengah Hari Masa Mula-Mula Kahwin…

Screenshot 2016-06-13 07.03.54
With the most patient man ever…
Dulu sebelum kahwin ramai tanya, kenapa nak kahwin awal? Tak reti habis belajar ka? Gatai sangat ka? Plus he had nothing at that time… Takde kereta, motor pun takde time kitorang kahwin.
Why why why?
Jawapannya: sebab saya dah jumpa seseorang yang sangat sabar layan kerenah sayaSo tak bolehlah lepaskan, kan? Kahkahkah… Bayangkan penyabar dia tu.. Bagi nafkah tapi dia pun tak makan tengahari time mula-mula kahwin…
Siap dulu lepas kahwin takde duit nak beli tilam, kitorang tido atas selimut je.. Bangun pagi-pagi mesti sakit belakang. Aku ngomel-ngomel… Dialah tukang urut… Takde pun bising-bising sedangkan dia pun sakit. Berapa bulan jugak lah.. Time tu malu nak mintak tolong mak ayah.

Pernah Sewa Rumah Berhantu!

Screenshot 2016-06-13 06.52.00
Sekadar Gambar Hiasan
Paling tak boleh blah.. Momen paling aku ingat sangat. Kitorang pindah satu rumah ni… Sebab rumah lama mahal dan ni murah gila… Bayangkan RM350 kat KL. Tapi rumah tu ada 1 bilik jelah… Kitorang pelik gila apasal orang tak pernah stay lama… Yela murah kot.
Rupa-rupanya rumah kitorang tu bekas rumah bomohSo faham-faham jelah… Haha. Then jiran sendiri mengaku rumah tu ada ‘sesuatu’. Pernah aku mengaji… Songkok Syammil jatuh tetiba… Tak taulah angin ke apa. Jiran aku cakap… Ada hantu perempuan selalu nangis depan rumah aku. Penghuni sebelum ni pun pernah jumpa. Tapi kitorang tak pernah pulak.
Aku dulu stay shah alam belajar… Syammil lah duduk sorang-sorang. Kitorang ‘husband and wife weekend’ gitu. Dia sampai nampak pocong time duduk sorang-sorang tengah malam. Depan rumah lagi… Esoknya terus demam.. Kesian Syammil. Huhu… Yang penting nak dekat dua tahun kitorang duduk rumah tu. Plus jiran kata kitoranglah orang paling lama sewa… Hahaha.

Pindah Setelah Dapat Kerja

cunahsyammil2
Alhamdulilah sekarang aku dah kerja. And kitorang pun dah pindah.. Kihkih.. Semoga abang terus sabar layan kerenah saya yang gila-gila ni ye.. Okey penat puji… 23 haribulan hari jadi, nak hadiah.. Hahaha.
 
Top