KUALA LUMPUR 16 JANUARY 2016. Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman di Konsert Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya. NSTP/ ZULFADHLI ZULKIFLI.



KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih mesra dipanggil Datuk Vida sanggup membayar sehingga RM2 juta untuk mendapatkan nombor pendaftaran (plat) kenderaan baharu bagi Putrajaya bermula dengan F1 manakala Kuala Lumpur dengan V1.

Datuk Vida bercita-cita jika nombor pendaftaran F1 berjaya dibida ia akan digunakan untuk kereta mewah Ferrari yang bakal dibelinya. Namun begitu model Ferrari untuk nombor F1 belum diputuskan.

Bagi nombor pendaftaran V1 pula, Datuk Vida belum memikirkan jenama kereta yang bakal dibeli.

Datuk Vida ketika dihubungi Kosmo! semalam menyatakan, dia cukup berminat dengan kedua-dua nombor tersebut kerana nombor itu sukar diperoleh terutama nombor F1.

“F1 satu nombor cukup unik. Memang saya berminat untuk memiliki nombor tersebut dan saya akan berusaha mendapatkannya walaupun harga bidaan mencecah RM1 juta.

“Begitu juga nombor V1, saya akan membida nombor tersebut. Sekiranya saya berjaya dalam bidaan bagi kedua-dua nombor pendaftaran itu, saya anggap ia rezeki saya,” katanya dengan penuh harapan. – Kosmo!
 
Top