'Geram, Sakit Hati & Berbulu Dengan 2 Abang Ipar Tak Guna Ini'
Aku anak bongsu daripada empat beradik. Atas aku semua kakak-kakak dan sudah berkahwin. Aku mempunyai abang-abang ipar yang berlainan karekter dan perangai. Perangai-perangai diorang ini membuatkan aku benci dan bosan dengan perkahwinan.
Aku duduk dengan mak abah dan kakak aku yang ketiga bersama suaminya. Ya, aku duduk serumah dengan abang ipar. Kakak aku yang ketiga ini perangainya pelik sikit dari adik beradik yang lain. Dia terjal sikit dan perkahwinan dia sebenarnya tak berapa nak mendapat restu daripada mak dan abah. Bukan sahaja kerana abang ipar aku itu tua tahap pakcik makcik orang, malah dia sebelum itu adalah duda anak empat. Kesemua anak-anaknya dah sebaya aku dan kawan-kawan aku.
Masa kecil dulu, aku selalu ingatkan bila dapat abang ipar ini, rasa seronok. Iyalah, bila keluarga bertambah, kita jadi gembira sebab keluarga bertambah menjadi semakin besar. Tetapi itu semua palsu (pada aku sahaja). Kakak dan abang ipar asalnya duduk berasingan dengan mak abah. Tetapi disebabkan rumah yang mereka tinggal sebelum ini telah pun dijual, maka mereka mengambil keputusan untuk tinggal di rumah mak abah.
Aku dan abah memang tidak bersetuju dengan keputusan mereka. Tetapi mak kasihan pada mereka lalu beri keizinan untuk tinggal bersama. Bila sudah duduk sebumbung, bolehlah tolong menolong mak dan abah. Rupa-rupanya hampeh! Diorang duduk di rumah, macam hotel. Makan berhidang, baju dibasuhkan, bil elektrik-air-wifi tak pernah kongsi bayar. Keperluan rumah dan dapur, semua tak pernah diambil peduli.
Semua kerja mak aku kena buatkan memandangkan abah aku tak mampu nak buat kerja-kerja berat. Abang ipar aku tak ini tak pernah nak tolong bapa aku buat kerja-kerja lelaki. Semuanya jiran yang baik hati tolong.
Bila duduk serumah dengan ayah dan mak mertua, ingatkan lebih ereta hubungannya. Tetapi tidak bagi keluarga aku.
Abang ipar aku yang ketiga ini akan bertegur sapa dengan mak abah bila nak saja. Memang boleh dikira dengan jari berapa kali dia tegur mak dan abah dalam setahun. Itulah perangai abang ipar yang ketiga.
Perangai abang ipar yang kedua ini pun membuatkan aku rasa geram dan sakit hati. Dia bekerja di Kuala Lumpur sebagai tenaga pengajar di sebuah institusi agama. Dia berkahwin dengan kakak kedua atas dasar orang tengah (sebab faktor kakak aku sudah lanjut usia tak kahwin lagi).
Masa awal-awal abang ipar kedua ini 'menyertai' keluarga kami, aku berharap sangat dia menjadi abang ipar yang baik memandangkan dia seorang guru agama. Tetapi rupa-rupanya perangai dia sama seperti abang ipar ketiga. Menyakitkan hati saja.
Dipendekkan cerita, abang ipar kedua ini suruh kakak buat loan dengan alasan kakak pegawai kerajaan. Kejam! Selepas itu loan yang kakak aku dapatkan itu dia suruh gunakan untuk taja ibu dia pergi melancong. Loan itu satu sen pun tak ada bagi pada mak dan abah aku. Kejam!
Bukan itu sahaja, dia juga telah menjahanamkan kereta kakak aku yang telah habis dibayar hutangnya oleh abah dengan kerja amalnya. Contoh yang selalu dia buat, bawa ustaz-ustaz pergi ceramah dan bawa makanan untuk gelandangan. Senang cerita, dia buat kereta kakak aku seperti kereta company. Baik tetapi sangat kejam.
Disebabkan kakak aku sangat sayangkan kereta pemberian abah itu, dengan keadaan yang barai, kakak ulang alik ke tempat kerja dengan kereta itu. Abang ipar aku serahkan kereta itu bulat-bulat kepadannya tanpa memberi satu sen pun duit untuk membaiki kereta itu. Kakak terpaksa keluarkan duit sendiri untuk baiki dan bayar loan yang telah dibuat.
Bila balik kampung, suami dia tidak pernah nak membantu mak dan abah. Kerja dia, duduk dalam bilik sahaja. Memang perangai raja betul! Keluar dari bilik bila nak makan atau keluar jalan-kalan. Bukan itu sahaja, makan nak demand, tak nak berminyak, minum air herba khas untuk dia dan semua itu dia 'order' dari mak aku. Apa punya abang ipar tak ada hati perut buat mak mertua begitu?
Dan mak aku seperti biasa, buatkan saja apa yang dipinta oleh abang-abang ipar aku ini. Untuk pengetahuan korang juga, abang ipar kedua ini telah menjoli kehebatan ilmu agama yang dia ada untuk tambat hati abah agar dapat green light kahwin cepat dengan kakak aku. TEtapi bila tengok perangai, serius macam tak ada agama. Maaf, bukan nak bangga tetapi aku sedih dia gunakan agama untuk tujuan lain.
Itu cerita abang ipar aku yang kedua. Abang ipar aku yang pertama ini baik walaupun luarannya macam 'Sarjan Misai'. Dialah abang ipar yang paling sporting walaupun pendiam. Dia tak adalah rajin sangat nak tolong mak abah tetapi bila balik kampung, dia tolong-tolong sikit mana yang mampu memandangkan dia jarang balik kampung sebab outstation. Dan dialah yang paling beriman dari dua abang ipar yang lain sebab selalu bersedekah.
Jadi, aku nak conclude bahawasanya bukan semua perkahwinan itu membahagiakan. Kadang-kadang bahagia itu cuma untuk pasangan itu sahaja. Keluarga? Adik ipar, abang ipar? Merana bhai! Korang di luar sana, aku nak pesan janganlah disebabkan perkahwinan yang korang bina menghilangkan commen sense terhadap orang-orang sekeliling kau terutamanya mak dan bapa mertua dan mak bapa kandung sendiri. Sebab dapat ipar seperti inilah yang aku sangat tak suka dengan perkahwinan dan perkahwinan tidak pernah menjadi life goal aku.
Bukan sebab aku tak redha dengan ujian Allah tetapi aku lebih kasihan pada mak bapa aku yang semakin hari semakin kesunyian kerana menantu dan anak-anak mengabaikan mereka.
Untuk perempuan, kumpullah segala aset kebendaan yang ada. Jangan pernah beritahu atau tunjuk yang anda mempunyai aset pada umum. Takut menjadi seperti kakak aku yang kedua. Semua harta simpanan dia dikikis oleh suaminya.
Sekarang ini mereka tinggal di kampung saja. Itu pun dengar-dengar suami dia suruh jual rumah sebab nak gunakan duit untuk hantar mak mertua dia pergi haji.
Doakan aku kuat menghadapi ujian keluarga ini. Salam ramadhan.