WANITA INI MELAKUKAN SESUATU SEHINGGA CUBA MEMBUNUH AWIE !
Rozana Misbun yang merupakan bekas isteri penyanyi rock kumpulan Wings, Awie, mengaku di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini semalam bahawa dia pernah menggunakan khidmat pengamal perubatan wanita atau bomoh bernama Maksu semasa dia dan Awie masih tinggal bersama.
Bagaimanapun, Rozana, 38, menafikan dia dan Awie berjumpa Maksu kerana bekas suaminya itu menghidu perbuatannya melakukan perkara khurafat di rumah kelamin mereka selepas Awie menjumpai pelbagai barangan seperti tangkal serta botol kaca berisi rambut, darah dan paku.
Rozana menyatakan demikian selepas disoal balas peguam syarie, Mohd. Syafiq Norizan yang mewakili Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berhubung kes hadanah (penjagaan anak) kekal tiga anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.
“Saya bersama defendan (Awie) dan pembantunya ada berjumpa Maksu pada 2 Jun 2014. Saya dan Maksu saling mengenali sebelum perjumpaan itu lagi.
“Kadang-kadang saya berjumpanya untuk mandi bunga sebagai tujuan perubatan,” kata Rozana di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris.