Ia hari menyedihkan bagi Mohd Shazwan Kamaluddin apabila melihat jenazah rakannya sejak kecil, Konstabel Ahmad Sobri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Mek di Kuala Nerus, awal pagi Ahad.
Lebih sebak apabila Mohd Shazwan menerima satu bungkusan kira-kira pukul 5.05 petang pada hari yang sama dari Ahmad Sobri yang dikirim kepadanya sehari sebelum rakannya itu menaiki helikopter malang tersebut.
“Apabila saya menerima bungkusan tersebut dengan nama rakan saya sebagai pengirim, lutut saya jadi lemah dan saya hampir pitam.
“Saya kemudian teringat ini adalah bungkusan yang dikirim rakan saya itu dari Sarawak sebagai hadiah kepada saya dan juga ibu bapa saya yang dimaklumkannya menerusi panggilan telefon pada Rabu.