Panas...!!!! Video Terbaru Dari Bella Nabella, Kutuk Produk Melayu.
Bella sekelip mata menjadi tumpuan ramai ekoran satu laporan polis yang dibuatnya. Laporan polis itu dibuat hanya kerana satu produk kurus yang dikatakan tidak panas sekaligus dia gagal kurus.
Ramai yang mengecam tindakan gadis itu dan menjadi bahan jenaka orang ramai yang membuat parodi videonya. Apatah lagi Bella hanya menggunakan produk itu sekali sahaja.
Sehinggakan ayahanda Rani Kulup turut bersuara kerana Bella Nabella seperti telah menghina produk keluaran bumiputera.
Hari ini, satu lagi video Bella Nabella telah menjadi viral. Akhirnya Bella memohon maaf atas perbuatannya itu.