KEMAMAN 20 Dis. – Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub, menjadi mangsa terbaharu yang maut di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) apabila kereta yang dipandunya merempuh pembahagi jalan di Kilometer 271.7, berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing hari ini.





Sayu : Segala puji bagi Allah .. Status fb Siti Naaima mangsa terbaru MAUT LPT2 (7Gambar)
Ketika kejadian pukul 10.45 pagi, Siti Naaima Samsuni (gambar), 19, pelajar semester 4 jurusan Pentadbiran Awam itu dalam perjalanan pulang ke kampus setelah menghabiskan cuti hujung minggu di bandar Dungun.

Kereta yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan sebelum berpusing beberapa kali sehingga mangsa tercampak keluar dan kepalanya terhantuk konkrit jambatan.





Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Kluang, Johor dan seorang lagi rakannya Roslan Ali, 19, dalam perjalanan pulang ke kolej setelah bertemu dengan bekas rakan-rakan di Du­ngun.

“Kejadian berlaku di satu laluan lurus dalam keadaan cuaca baik. Kita percaya kenderaan terbabit dipandu melebihi had laju sehingga sukar dikawal.

“Mangsa mengalami kecede­raan parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian manakala rakan mangsa tidak mengalami sebarang kecede­raan,” ujar beliau.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan urusan pengebumian. UTUSAN
 
Top