Tiga Beranak Maut Bukan Bunuh Diri Tapi Dibunuh|Kematian tiga beranak di Kampung Baru , Samarahan kini diklasifikasikan kes bunuh,Pihak polis telah mengesan bahawa perempuan itu sebenarnya sudah dibunuh terlebih dahulu sebelum digantung dengan mengguna tali plastic dan ketinggian kaki dari lantai hampir2 mencecah lantai ..
Terdapat lebam dimuka , badan dan lidah tidak terkeluar seperti kebiasaan seperti orang yang mati tergantung ..
Sim card dalam handphone sudah dikeluarkan terlebih dulu ,Mangsa tersebut sebenarnya bukan dari keluarga yang susah dari segi kewangan ..
Polis kini mengembangkan siasatan dari pelbagai aspek mengenai tiga beranak yang ditemui mati di Kampung Baru , Kota Samarahan malam tadi , dengan si ibu dijumpai tergantung di dalam bilik tandas ..
Menurut Ketua Siasatan Jenayah Negeri , Senior Asisten Komisioner Dev Kumar , polis kini mengklasifikasikan kes tersebut di bawah seksyen 302 , Kanun Keseksaan dan bukan lagi kerana mati mengejut (bunuh diri) seperti yang dilaporkan sebelum ini ..
Polis sedang meneliti laporan perubatan bagi tujuan membantu siasatan kes berkenaan , termasuk mengenal pasti punca sebenar kematian ketiga-tiga mangsa ..
Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak kini mengambil alih siasatan kes ini , dengan siasatan turut menjurus kepada perlakuan jenayah dalam kes penemuan mayat tiga sekeluarga ini ..
Dalam kejadian sekitar awal malam semalam , seorang ibu dan dua anaknya ditemui mati di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Baru di Kota Samarahan ..
Mayat ibu terbabit , Rohana Mohamad , 37, ditemui tergantung di dalam tandas di rumah tersebut , manakala dua anaknya , Adam Hadiman Noorahman , 7, dan Mohd Ikmal Danish Noorahman , 4 dijumpai di dalam bilik tidur ..
Polis turut menemui botol cecair peluntur di sebelah mayat kanak-kanak ini ..
Ketika ditemui Adam Hadiman telah pun meninggal dunia manakala adiknya , Mohd Ikmal Danish berada dalam keadaan kritikal ..
Mohd Ikmal Danish bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Jantung , Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan ..
Wanita berkenaan tidak bekerja dan duduk bersama-sama ibu dan bapa angkatnya di rumah itu , yang pada hari kejadian bermalam di kebun mereka ..
Difahamkan mangsa tidak tinggal bersama-sama suaminya sejak setahun lebih dan sedang dalam proses perceraian
Sementara itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Masli Jalir , 55 , memberitahu mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum hari kejadian ..
Malah sewaktu kunjungan Aidilfitri baru-baru ini , mangsa dan kedua-dua anaknya seperti biasa , gembira dan tidak menunjukkan tanda-tanda tertekan ..
Kejadian itu disedari apabila adik mangsa membaca surat yang ditinggalkan di rumah keluarga asalnya yang mengatakan mangsa akan bermalam di rumah ibu bapa angkatnya ..
Apabila dihubungi melalui telefon , mangsa gagal untuk menjawab .. Justeru adik dan anaknya pergi ke rumah berkenaan , namun panggilan dan ketukannya tidak bersahut ..
Anak saudara mangsa kemudian memanjat tingkap rumah berkenaan dan membuka pintu yang berkunci daripada bahagian dalam ..
Setelah itu , katanya , anak saudara mangsa kemudian pergi ke tandas untuk mencuci kaki , sebelum menjumpai mayat mangsa tergantung ..
Anak saudaranya itu memaklumkan perkara itu kepada ibunya , sebelum mereka bergegas mencari anak-anak mangsa , yang kemudian dijumpai terbaring di atas katil di dalam bilik tidur .”