Kisah Benar !!! Ini Lah Gambar Benda Yang MENAKUTKKAN Telah Dikeluarkan Dari Tubuh Seorang Wanita Angkara Sihir
Alhamdulillah, setelah banyak tempat kami ikhtiar, akhirnya ayah jumpa ustaz yang dapat ubati saya di Sarawak. Contoh sihir yang telah dikeluarkan. Gumpalan rambut yang diikat (benang warna oren tapi dah dikerat oleh ustaz). Ia bukan keluar dalam bentuk begini dari mulut saya. Tapi, bila saya ludahkan air zam-zam yang dah dibacakan ayat Qur'an ke bekas (daun keladi) yang diletak garam. Air tersebut membentuk rambut yang diikat.
Ada orang yang mahu hidup saya bagai terikat, apa saja yang saya buat seolah tersekat.
Kerjaya, perniagaan terencat-rencat. Peluang banyak tapi tak lekat.
Jika suami/isteri anda yang penyayang tiba-tiba berubah jadi baran, jika tiba-tiba anda rasa benci kepada suami/isteri yang selama ini dicintai, hati-hatilah, there must be something wrong somewhere. Bertindak segera sebelum rumah tangga rosak binasa. Sejak zaman dulu manusia guna sihir untuk pisahkan suami dan isteri angkara hasad dan rosaknya jiwa. (Baqarah 102).
Hubungan dengan orang sekeliling juga bagai tak boleh rapat.. Ada yang membenci walaupun sedara dan kerabat, ada juga yang awalnya sahabat akrab kemudian khianat.. Ada juga pihak ketiga yang jadi penyibuk dalam keluarga. Hasut adik beradik, mak bapa supaya bergaduh sesama mereka. Benda kecil dibesarkan hingga perselisihan berlarutan. Syaitan ketawa kerana silaturrahim putus di tengah jalan.
Saya kongsikan kisah benar ini bukan untuk meminta simpati. Tapi sebab saya tidak mahu anda jadi macam saya sebelum ini. Mati-mati saya tak percaya benda 'khurafat' ini. Sebab, dah banyak tempat saya pergi, tapi mereka tak dapat detect masalah sebegini. Namun dengan izin-Nya Yang Maha Mengasihi, akhirnya ikhtiar ayah menjadi. Sama juga sebenarnya bila kita sakit, jumpa doktor sana sini kata tak ada apa-apa, tapi bila jumpa doktor yang pakarnya, rupa-rupanya sudah kronik tahap sakitnya. (Sapa nak dapatkan contact no Ustaz ni boleh PM saya.. Tapi dia di Kuching, Sarawak sana).
Mohon doakan, Allah beri keinsafan kepada siapa pun yang buat. Moga Allah beri hidayah dan kesempatan kepadanya untuk bertaubat. Bimbang syirik ini makin melarat. Merana di dunia hingga akhirat..
Doakan juga Allah bantu kami mulakan hidup baru, bebaskan kami dari segala belenggu. Moga malaikat juga doakan kalian doa yang sama, dilimpahi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan yang didambakan sentiasa..
Wallahu 'Alam bissawab...
Tambahan. Memandangkan saya terima mesej yg banyak Tanya no Ustaz ni, saya takut tak sempat jawap.. Ini infonya. Namanya Wak Henry 019-883 6154 . bagitau dia Shahrina anak Ustaz Sharkawi yang keluar rambut dulu tu yang bagi.
Sumber Fb : Shahrina Ahmad Sharkawi