Bergeli - gelian Dengan 'Mak Saudara' Rupa - Rupanya...
ALOR SETAR - Seorang lelaki muda ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita berusia 40 tahun dalam operasi maksiat di sebuah hotel bajet di Jalan Pintu 10, Jumaat lalu.
Lelaki yang berusia 27 tahun yang sudah mempunyai teman wanita itu pada mulanya mendakwa wanita itu adalah ibu saudaranya kerana bimbang ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).
Malangnya, temberang lelaki itu terbongkar apabila wanita terbabit mengaku lelaki itu adalah kenalannya ketika disoal siasat penguat kuasa JAIK. Wanita itu juga adalah ibu tunggal kepada tiga orang anak.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang dan Penguat Kuasa JAIK, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pihaknya menerima maklumat dan membuat pemeriksaan di hotel tersebut yang disyaki disewa oleh pasangan itu.
Ketika pintu dibuka, seorang lelaki berpakaian lengkap terkejut melihat kehadiran anggota JAIK yang mahu masuk membuat pemeriksaan. Wanita terbabit dipercayai bersembunyi di dalam bilik air dalam keadaan takut.
"Hasil siasatan mendapati mereka berdua tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Malah lelaki itu cuba memperdaya penguat kuasa kononnya wanita itu ibu saudaranya. Namun gagal.