Mempunyai dua keluarga kadang-kadang membuatkan anak-anak menjadi pening. Dua keluarga bermaksud pasangan suami isteri yang dahulu bahagia kemudian membawa haluan masing-masing.
Tetapi kadang-kadang kedua belah keluarga baik kerana masing-masing mempunyai anak dari perkahwinan terdahulu. Jarang kita temui keluarga sebegini tetapi tidak bagi keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi. Mereka baik antara satu sama lain.
Tertarik dengan gambar yang dimuat naik oleh Norman di laman Instagramnya. Anak keduanya, Marissa Dania sedih kerana perlu pulang ke hostel.
Tetapi lebih tersentuh apabila nota atau surat yang ditinggalkan oleh Marissa Dania kepada papanya. Anak mana yang tidak sayangkan bapa dan bapa mana yang tidak sayangkan anak. Semoga menjadi anak yang solehah ya Marissa.
Selain dari itu, pada Jumaat yang lalu, telah berlangsungnya kejutan hari lahir Memey Suhaiza yang ke 28 dengan meriah sekali.Kejutan itu turut dihadiri oleh Dato Jimmy Choo. Dan juga cookies daripada Rafflesia sangat menyelerakan. Paling best, kek untuk Memey sangat unik yang berupa beg jenama Channel.
Selamat hari lahir buat Memey. Semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya dan sentiasa berbahagia bersama suami dan anak-anak.